# Resend

Resend adalah sebuah platform penghantaran emel. Ia membolehkan anda menghantar notifikasi email anda menggunakan domain anda yang tersendiri.

Untuk integration dengan platform Resend anda boleh rujuk tutorial yang disediakan ini.

## Sebelum Anda Memulakan:

* Pastikan anda sudah mempunyai domain anda yang tersendiri
* Pastikan anda mempunyai akses untuk lakukan penetapan DNS record pada domain anda itu
* Pastikan anda sudah lakukan pendaftaran akaun Resend

## Penambahan Domain

1. Log masuk akaun Resend

<figure><img src="/files/MYgLJqe0w7u9auVgI2R4" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

2. Klik pada **Domains**

<figure><img src="/files/6weGTSFpTu8RBKnm9Owd" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

3. Klik **Add domain**

<figure><img src="/files/88N0k1iHtdrQ8FI9CdVY" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

4. Kemudian, anda boleh **masukkan nama domain anda** dan untuk penetapan "**Region**" anda boleh pilih "**Tokyo (ap-northeast-1)**". Setelah selesai klik Add domain

<figure><img src="/files/yi9pKRW3K7O1TZshMJN6" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

### Verify domain

1. Seterusnya, anda perlu lakukan verify domain tersebut.

<figure><img src="/files/cb4BR3x9sZJfg3YnQLm5" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

2. Sekiranya, anda lakukan pengurusan domain anda itu di **Cloudflare**, anda boleh terus klik "**Auto configure**". Untuk **platform yang lain**, anda perlu lakukan **Manual setup**.\
   \
   Untuk tutorial ini, kami akan terus lakukan penetapan secara "**Manual setup**".

<figure><img src="/files/pElMw9z0mWxgcLVLLhPd" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

3. Kemudian, anda perlu ikuti kesemua penetapan yang mereka minta untuk lakukan pada DNS record domain anda itu. Anda hanya perlu lakukan penetapan "**Domain Verification**" dan "**Enable Sending**" sahaja.

<figure><img src="/files/7DpMAZfSNR1oJY1D7r2k" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

4. Anda boleh klik pada "**Forward instruction**" di bahagian bawah dan **masukkan email** anda.

<figure><img src="/files/tActekLduQjTPWRZ39H6" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

5. **Setelah anda lakukan penetapan seperti yang mereka inginkan pada DNS record domain anda** itu nanti, anda boleh klik pada "**Verify DNS Records**"

<figure><img src="/files/J5NFmdK0ObqH93kHblua" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

6. Kemudian, anda perlu **tunggu sehingga kesemua proses verification disemak oleh sistem mereka**.\
   \
   Sekiranya, penetapan anda semua sudah selesai dan tiada sebarang isu, anda akan dapat lihat paparan seperti di bawah

<figure><img src="/files/lbnGqjSNuDZI0ELoYceD" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

## Cipta API Key

1. Log masuk dashboard Resend

<figure><img src="/files/MYgLJqe0w7u9auVgI2R4" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

2. Klik pada tab **API Keys**

<figure><img src="/files/qTcF5Lp1hnxac83QxpGU" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

3. Klik **Create API Keys**

<figure><img src="/files/uyBoGvI1xp1BIWI0lOte" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

4. Nanti anda akan dapat lihat 1 popup:\
   \- Masukkan nama API Keys anda.\
   \- Kemudian, anda boleh tetapkan "Permission" kepada "Full access".\
   \- Untuk penetapan domain, anda boleh pilih sama ada ingin tetapkan pada 1 domain sahaja atau kesemua domain anda.\
   \
   Setelah selesai klik **Add**

<figure><img src="/files/yuCJDR21FMxCK8modkQ8" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

5. Kemudian, anda boleh **Copy dan simpan API key** anda itu untuk digunakan pada penetapan di dashboard Shoppego nanti.

<figure><img src="/files/lDfStIAhUyEIrAgsinFc" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

## Penetapan di Shoppego

1. Log masuk akaun Shoppego

<figure><img src="/files/lCN7aw3FznaFFoOAyya2" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

2. Klik pada **Settings**

<figure><img src="/files/VsK9zs6aZtUfKK1hcCiM" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

3. Klik pada **Transactional email providers**

<figure><img src="/files/qPlS7UVCv05zHOfQ0wXy" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

4. Klik **Activate/Edit** pada tab **Resend**

<figure><img src="/files/pEyN2p2Fjgft2lgPUaoX" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

5. **Masukkan API key** anda dan **tick pada toggle Enable**. Kemudian, anda boleh **Save** penetapan itu.

<figure><img src="/files/gzpynbHgRUwBh9JvBcSp" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

Kini penetapan integration anda telah selesai.

## Maklumat Tambahan

Pastikan anda telah masukkan email notification yang betul untuk penghantaran notifikasi email anda nanti.

Anda boleh semak penetapan itu pada bahagian:

1. Log masuk akaun Shoppego

<figure><img src="/files/lCN7aw3FznaFFoOAyya2" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

2. Klik pada **Settings**

<figure><img src="/files/VsK9zs6aZtUfKK1hcCiM" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

3. Klik pada **General**

<figure><img src="/files/anealodqyXwHTuzr4AHU" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

4. Pastikan penetapan "**Notification & Reply-to Email**" ditetapkan kepada email yang **menggunakan domain di akaun Resend anda itu**.\
   \
   Sebagai contoh, di Resend anda menggunakan domain kedaisaya.com, jadi pada penetapan itu, anda perlu masukkan email seperti ini: <hello@kedaisaya.com>

<figure><img src="/files/GKrjaWn3Tig16nShP4oj" alt=""><figcaption></figcaption></figure>


---

# Agent Instructions: Querying This Documentation

If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://docs.shoppego.com/ms/settings/transactional-email-providers/resend.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
