# Paypal

{% hint style="info" %}
**Urusan pengesahan akaun, caj dan wang transaksi** adalah **diuruskan sepenuhnya oleh pihak Paypal**.
{% endhint %}

## Pendaftaran akaun Paypal

Klik di link ini <https://www.paypal.com/my/webapps/mpp/account-selection> untuk mula daftar  akaun Paypal anda. Bagi proses pendaftaran akaun Paypal pastikan anda memilih sebagai Business Account.

![](/files/NWcU8kF63R7C7WPGaOf5)

## Dapatkan kesemua key yang diperlukan dari akaun Paypal

Untuk menghubungkan Paypal dengan website Shoppego, anda memerlukan beberapa key untuk proses pengesahan. Antara key yang diperlukan ialah **Client ID** dan **Client Secret**. Untuk memulakan proses penetapan payment gateway Paypal anda boleh ikuti langkah penetapan ini :

1\. Log masuk ke akaun Paypal anda melalui link ini <https://developer.paypal.com/developer/applications>

![](/files/GYwY2u4F4toyf4566jjx)

2\.  Seterusnya pada bahagian dashboard Paypal, anda boleh klik pada tab **LIVE**

![](/files/lK3RcsIozIAKADhI0Kxs)

3\. Seterusnya anda akan dapat lihat butang **Create App** anda disitu. Anda boleh klik pada butang tersebut.

![](/files/1dVRv35uSeUoo5aJU6Cy)

4\. Pada paparan ini, anda dikehendaki untuk memasukan nama **App Name.** Disarankan untuk memasukkan nama bisnes anda sendiri. Seterusnya, tekan butang **Create App**.

![](/files/FJpj8cY4fu8avAsphcWu)

5\. Seterusnya, setelah anda klik pada **Create app** satu paparan baru akan muncul. Pada paparan ini anda dikehendaki untuk membuat penetapan webhook.&#x20;

![](/files/6j3TQsL3oeYEDhqTpSKy)

6\. Pada paparan ini anda **diwajibkan untuk memasukkan nama URL <https://subdomain.myshoppegram.com> akaun Shoppego anda yang telah diberikan secara percuma sewaktu pendaftaran akaun Shoppego** anda ke dalam **ruangan Webhook URL**.

Anda boleh dapati URL subdomain anda pada bahagian berikut:\
Dashboard Overview Shoppego -> **Settings** -> **Custom domain** -> **Subdomain**

<figure><img src="/files/i6ChVkQCDHAFSqE60OI8" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

Sebagai contoh :\
**<https://hartamas.myshoppegram.com/webhooks/payments/callback/checkouts/paypal>** dan **tick** pada **Checkout** > **Checkout order approved**

![](/files/9n6gqzfValY7ovYOdgLt)

## Penetapan di Shoppego

Untuk proses penetapan payment gateway Paypal di Shoppego anda perlu aktifkan terlebih dahulu payment gateway tersebut dan masukkan kedua-dua key tersebut kedalam setting payment gateway anda.&#x20;

Untuk memulakan penetapan payment gateway tersebut, anda boleh ikut langkah penetapan ini.

1\. Log masuk akaun Shoppego anda.

![](/files/lCN7aw3FznaFFoOAyya2)

2\. Seterusnya anda boleh klik pada tab **Settings**

![](/files/VsK9zs6aZtUfKK1hcCiM)

3\. Anda akan dibawa ke halaman Settings dan anda boleh klik pada butang **Payment options**

![](/files/CA5qmbxGnMXdjUXh5W4M)

4\. Pada bahagian halaman Payment options, anda boleh klik butang **Activate/Edit** pada tab payment gateway Paypal.

![](/files/xLLfT2NuG0oYhLzQQK0l)

5\.  Dengan menggunakan key yang diberikan pada **Paypal Dashboard** -> **My App & Credentials** -> **LIVE** -> Pilih **App Name** yang anda cipta. Copy **Client ID** dan **Secret Key** , masukkan pada ruang Paypal di Shoppego. **Tick pada butang toggle Enable** dan klik butang **Save.**

{% hint style="info" %}
Sekiranya anda ingin **memulakan transaksi sebenar**, diminta untuk anda <mark style="color:red;">**mematikan**</mark> toggle **Test Mode** itu.
{% endhint %}

![](/files/LxPUTyR1ovRfS2rhuJEQ)

## Contoh di Website

Setelah selesai proses penetapan tersebut, anda boleh cuba membuat pembelian di website Shoppego anda untuk melihat hasilnya.

![](/files/aF8tmfdgtRCRp186HLZ7)


---

# Agent Instructions: Querying This Documentation

If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://docs.shoppego.com/ms/settings/payment/payment-gateway/paypal.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
