# Local Pickup

Untuk penetapan Local Pickup ini, ia membolehkan pelanggan anda untuk mengambil barang mereka melalui lokasi yang mereka telah pilih semasa checkout pada website anda.\
\
Apabila anda aktifkan penetapan Local Pickup ini, semasa di checkout nanti pelanggan anda akan diberi dua pilihan iaitu sama ada ingin menggunakan penghantaran jenis **Ship** atau **Pickup**.&#x20;

{% hint style="info" %}
**Ship -** Penjual akan menggunakan perkhidmatan kurier untuk menghantar pesanan pelanggan mereka.
{% endhint %}

{% hint style="info" %}
**Pickup** - Semasa mereka memilih penghantaran jenis **Pickup** tersebut, mereka akan dapat **lihat lokasi** yang mereka boleh pilih untuk **ambil pesanan** mereka.
{% endhint %}

Anda boleh setkan lokasi yang anda ingin jadikan sebagai lokasi pickup didalam penetapan Locations anda.&#x20;

Buat masa sekarang anda <mark style="color:red;">**tidak boleh asingkan stok produk**</mark> anda mengikut lokasi yang anda inginkan. Jadi anda perlu pastikan bahawa setiap produk anda berada disetiap lokasi yang anda telah setkan.

{% hint style="info" %}
Fungsi Local Pickup ini hanya terdapat pada **plan&#x20;**<mark style="color:red;">**Ultimate**</mark> sahaja.
{% endhint %}

## Cara Penetapan

1\. Anda perlu log in kedalam akaun Shoppego anda terlebih dahulu

![](/files/lCN7aw3FznaFFoOAyya2)

2\. Klik pada **Settings**

![](/files/VsK9zs6aZtUfKK1hcCiM)

3\. Klik pada **Locations**

![](/files/9ZFujUk96q1ja4XLBNoN)

4\. Klik **Edit** pada mana-mana address yang anda ingin jadikan sebagai lokasi pickup untuk pelanggan anda

![](/files/bFcYqjSGynNMHlif3sNL)

5\. Seterusnya pada penetapan Locations, anda boleh **skroll kebawah** untuk **aktifkan toggle Enable this location local pickup**

![](/files/kouAV4dwBxfxLn9qgAWM)

6\. Pada penetapan **Expected pickup time**, anda boleh pilihan masa yang anda perlu ambil untuk siapkan pesanan pelanggan anda tersebut.

![](/files/DTBqIaQuiivSk9i569bp)

7\. Pada ruangan **Pickup instruction for email notification**, anda boleh masukkan arahan yang anda ingin beri kepada pelanggan anda setelah mereka berjaya checkout.

![](/files/xzckFHqyimgEUoZG9xa8)

8\. Setelah selesai membuat kesemua penetapan tersebut, anda boleh klik **Save**

![](/files/Hxxv0PKSx4SBIp1auLhk)

Kini penetapan Local pickup anda sudah berjaya.

![](/files/qOx7Vk8u6N3jEK1LCpZQ)

## Penetapan tambahan

Untuk penetapan Local Pickup ini, pelanggan akan menerima email berkaitan pesanan yang mereka lakukan tersebut didalam email mereka.\
\
Bagi pengguna kami yang lama, anda perlu pastikan anda menggunakan template Email Notifications Order Confirmation yang terkini. Jika anda tidak menggunakan template email yang terkini, pelanggan anda tidak akan dapat lihat arahan dan lokasi pickup yang anda tetapkan.

Untuk pastikan anda menggunakan template email notifications yang terkini anda boleh rujuk cara penetapan ini :

1\. Log in kedalam akaun Shoppego anda

![](/files/lCN7aw3FznaFFoOAyya2)

2\. Klik pada **Settings**

![](/files/VsK9zs6aZtUfKK1hcCiM)

3\. Klik pada **Notifications**

![](/files/4t44Zh7ly0vdW30t4xzx)

4\. Klik **Edit** pada **tab Order Confirmation**

![](/files/bY11au9yTLO3SzpyI5ui)

5\. Klik pada butang **More**

![](/files/TYrYxH2uMu3ZFFj4JaeQ)

6\. Klik pada butang **Restore to default**

![](/files/1pLHJDJi1GHCQfle80Xm)

Kini anda sudah mendapatkan template email notifications Order Confirmation yang terkini.

## Contoh paparan Local Pickup di Checkout

![](/files/-MkLnwxX3FmXCDpSL-zU)


---

# Agent Instructions: Querying This Documentation

If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://docs.shoppego.com/ms/settings/locations/local-pickup.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
