# Domain Troubleshoot

Sekiranya, domain anda mempunyai sebarang isu atau memaparkan error Error 1014, CNAME Cross-User Banned atau lain-lain, anda perlu lakukan semakan semula terhadap penetapan domain anda itu. Terdapat 3 perkara yang anda perlu lakukan semakan:

## Anda perlu pastikan anda sudah lakukan penambahan semula Custom domain tersebut pada penetapan Custom domain di store anda.

Untuk ini, anda boleh pergi pada bahagian:

1. Log masuk akaun Shoppego

<figure><img src="/files/lCN7aw3FznaFFoOAyya2" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

2. Klik pada **Settings**

<figure><img src="/files/VsK9zs6aZtUfKK1hcCiM" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

3. Klik pada **Custom domain**

<figure><img src="/files/77sXwFM14M7Ek2MZcs6h" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

4. Klik pada **ikon tong sampah** untuk padam penetapan domain anda itu

<figure><img src="/files/gDQMrIKRVU4IYihtwgrP" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

5. Setelah anda padam penetapan domain itu, anda boleh klik pada butang **Add existing domain**

<figure><img src="/files/0825t9R6BEsAXRrv5UZn" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

6. Kemudian, anda boleh **masukkan semula nama domain** anda itu dan klik **Connect**

<figure><img src="/files/ZCtFRdcw1oog2Y893cKW" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

## Sekiranya anda menguruskan DNS anda di platform Cloudflare, anda perlu pastikan penetapan Proxy status anda itu ditetapkan kepada DNS Only

Untuk ini, anda boleh semak pada bahagian:

1. Log masuk akaun Cloudflare anda

<figure><img src="/files/AsU7Yh7Q530lkakw0ZxL" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

2. Klik pada domain anda itu dan akses semula penetapan DNS record domain anda

<figure><img src="/files/GibT8z87j0ASxllfjR0o" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

3. Pastikan penetapan Proxy status CNAME record anda itu ditetapkan kepada `DNS Only` dan bukannya `Proxied`

<figure><img src="/files/URCP8K53vV96aUfd8zZf" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

## Jika penetapan anda itu baru sahaja dilakukan, anda perlu tunggu sehingga ia propagate sepenuhnya.

Untuk situasi ini, penetapan domain itu selalunya akan ambil masa dalam 24-48 jam untuk ia propagate sepenuhnya. Sekiranya, penetapan anda itu baru sahaja dilakukan anda perlu tunggu dalam tempoh yang dimaklumkan itu.


---

# Agent Instructions: Querying This Documentation

If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://docs.shoppego.com/ms/settings/custom-domain/domain-troubleshoot.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
