# Wholesale

**Wholesale** merupakan satu fungsi untuk anda cipta promosi harga yang lebih murah jika pelanggan lakukan pembelian produk itu mengikut kuantiti yang anda tetapkan nilainya.&#x20;

{% hint style="info" %}
Fungsi ini hanya tersedia pada <mark style="color:red;">**plan Ultimate**</mark> sahaja.&#x20;
{% endhint %}

{% hint style="danger" %}
**Anda perlu pastikan setiap harga variants produk anda itu adalah sama untuk membolehkan anda lakukan penetapan promo Wholesale ini.**
{% endhint %}

Berikut merupakan langkah-langkah penetapan **fungsi Wholesale ini.**

## Penetapan

1. Log masuk ke bahagian **Dashboard**.

![](/files/lCN7aw3FznaFFoOAyya2)

2\. Klik pada bahagian **Products**

![](/files/e2XZ8PJ1T5LlkggTvjti)

3\. Klik **Add product** untuk menggunakan produk yang baru atau anda boleh tekan butang **Edit** pada produk yang sedia ada. Untuk tutorial ini, kami akan menggunakan produk sedia ada.

![](/files/cAt3ZrAvD4262lUjjnDu)

4\. Klik pada tab **Wholesale**

![](/files/rhj5zmiLGlUQy8KF3wIO)

5\. Klik pada butang **Add wholesale**

![](/files/yuO7ghJI4gfGg7IFncJr)

6\. Pada bahagian ini anda perlu tetapkan promo Wholesale yang anda inginkan untuk produk ini.

![](/files/6KxSfkaayRM2Rcad4Ukz)

### Penerangan Parameter

{% hint style="warning" %}
**Penetapan harga Wholesale ini hanya boleh merangkumi sebanyak 5 peringkat/tier sahaja dalam 1 produk.**
{% endhint %}

<table><thead><tr><th width="327">Parameter</th><th>Penggunaan</th></tr></thead><tbody><tr><td><strong>NO</strong></td><td>Paparan tier harga promosi Wholesale anda.</td></tr><tr><td><strong>MINIMUM QUANTITY</strong></td><td>Kuantiti minimum yang pelanggan perlu beli untuk dapatkan harga promosi Wholesale anda.</td></tr><tr><td><strong>MAXIMUM QUANTITY</strong></td><td>Kuantiti maksimum yang pelanggan perlu beli untuk dapatkan harga promosi Wholesale anda.</td></tr><tr><td><strong>UNIT PRICE</strong></td><td>Harga yang pelanggan akan dapat untuk kuantiti 1 produk jika beli dalam lingkungan kuantiti yang anda tetapkan.</td></tr></tbody></table>

7. Untuk penambahan price tier, anda boleh klik pada butang **Add Price Tier**

<figure><img src="/files/66uO8hCujUIpwF7GLLa6" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

8. Jika anda ingin delete price tier yang anda sudah cipta, anda boleh klik pada butang **ikon tong sampah.**

<figure><img src="/files/foDjr7Q7kAnOu4dRiCXj" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

9. Setelah penetapan dilakukan tekan butang **Save**

![](/files/VvrhF9PlZuoMpwvTMA3O)

10. Setelah selesai, ia bermakna pelanggan akan automatik dapat beli produk itu dengan harga yang anda tetapkan jika kuantiti pembelian produk itu dalam lingkungan yang anda tetapkan.\
    \
    Untuk **themes Hartamas, Solaris** dan **Tampin**, paparan table Wholesale ini akan dapat dilihat dalam halaman produk itu sendiri.

![](/files/h5kMjLo3T850R6NDiYak)


---

# Agent Instructions: Querying This Documentation

If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://docs.shoppego.com/ms/products/wholesale.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
