# Soalan Lazim

## Topik dalam bahagian ini:

* [Bagaimana untuk membatalkan pendaftaran semasa Free Trial?](#bagaimana-untuk-membatalkan-pendaftaran-semasa-free-trial)
* [Bagaimana untuk upgrade Pakej?](#sekiranya-saya-ingin-melanggan-untuk-pelan-standard-and-selepas-2-ke-3-bulan-saya-ingin-ubah-jenis-l)
* [Langganan Shoppego ni bulanan ke tahunan?](#langganan-shoppego-ni-bulanan-atau-tahunan)
* [Kalau saya langgan Pakej Shoppego, saya dapat pakej sekali dengan nama domain?](#kalau-saya-langgan-pakej-shoppego-saya-dapat-pakej-sekali-dengan-nama-domain)
* [Boleh ke saya guna domain yang sedia ada atau kena register baru?](#bolehkah-saya-guna-domain-yang-sedia-ada-untuk-mula-buat-website-di-commerce-atau-saya-kena-register)
* [Boleh saya tahu harga nama custom domain ini berapa ya?](#boleh-saya-tahu-harga-nama-custom-domain-ini-berapa-ya)
* [Boleh saya tahu sekiranya saya sudah langgan plan Shoppego boleh ke saya cancel?](#boleh-saya-tahu-sekiranya-saya-sudah-langgan-plan-commerce-bolehkah-saya-cancel)
* [Sekiranya saya ingin tamatkan langganan saya, bolehke saya dapatkan refund semula?](/ms/overview/price-package/soalan-lazim.md#sekiranya-saya-ingin-tamatkan-langganan-saya-bolehke-saya-dapatkan-refund-semula)

## Bagaimana untuk membatalkan pendaftaran semasa Free Trial?

* Sekiranya anda tidak memilih Pakej Langganan semasa percubaan percuma anda, maka akaun anda akan dibekukan pada akhir Free Trial 30 hari anda.&#x20;
* Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran semasa Free Trial anda tamat.&#x20;
* Sekiranya anda memilih mana-mana Plan Langganan sebelum berakhirnya Free Trial, Plan anda akan bertukar secara automatik mengikut Plan yang anda langgan.

## Sekiranya saya ingin melanggan untuk pelan Standard & selepas 2 ke 3 bulan saya ingin ubah jenis langganan kepada Premium. Adakah saya perlu membayar full amount untuk langganan baru?

* Untuk proses upgrade plan dari plan Standard kepada plan yang lain, boleh pergi ke Store Plan. Di page tersebut, anda boleh pilih plan yang anda ingin upgrade.&#x20;
* Anda akan dicaj harga prorate secara harian kami dimana sistem kami akan auto calculate caj prorate yang akan dikenakan kepada anda.

## Langganan Shoppego ni bulanan atau tahunan?

* Semua [Pakej Langganan Shoppego](https://shoppego.com/pricing) boleh dilanggan secara bulanan dan tahunan.
* Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk pada link ini : [https://shoppego.com/pricing/](https://shoppego.com/pricing)

## Kalau saya langgan Pakej Shoppego, saya dapat pakej sekali dengan nama domain?

* Pihak Shoppego hanya sediakan **hosting dan subdomain percuma** sahaja seperti [https://kedaianda.myshoppegram.com](https://kedaianda.myshoppegram.com./)
* Untuk domain tersebut, anda perlu beli melalui mana-mana domain provider seperti Namecheap, Godaddy, Shinjiru dan lain-lain. Untuk penetapan domain boleh rujuk [**link ini**](https://docs.shoppegram.com/commerce/ms/settings/custom-domain)**.**

## Bolehkah saya guna domain yang sedia ada untuk mula buat website di Shoppego atau saya kena register yang baru?

* Kalau tuan/puan ingin guna domain yang sedia ada, boleh sahaja tidak ada masalah. Nanti tuan/puan pointkan sahaja ke Shoppego.

## Boleh saya tahu harga nama custom domain ini berapa ya?

* Harga untuk nama domain, ianya bergantung pada nama yang tuan/puan pilih.&#x20;
  * Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan nama domain itu, tuan/puan boleh contact domain provider itu sendiri.

## Boleh saya tahu sekiranya saya sudah langgan plan Shoppego bolehkah saya cancel?

* Anda hanya boleh cancel langganan plan anda untuk langganan yang seterusnya sahaja.&#x20;
* Pastikan anda klik change plan pada bahagian store plan dan anda ke dibawa ke bahagian billing portal.&#x20;
* Pada bahagian billing portal anda boleh klik **Cancel plan** untuk tamatkan langganan store anda sebelum anda di caj untuk langganan bulan seterusnya.

## Sekiranya saya ingin tamatkan langganan saya, bolehkah saya dapatkan refund semula?

* Anda boleh dapatkan refund untuk langganan plan Shoppego anda sekiranya tidak melebihi 14 hari dari tarikh pembayaran.&#x20;
* Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pada polisi bayaran balik kami melalui link ini : <https://shoppego.com/legal/refund/>


---

# Agent Instructions: Querying This Documentation

If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://docs.shoppego.com/ms/overview/price-package/soalan-lazim.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
