# Themes Structure

## Templates

Templat ialah sekumpulan bahagian yang dikonfigurasikan untuk memberikan kedai dalam talian anda reka bentuk yang konsisten. Semua tema akan mempunyai bahagian yang sama. Dalam editor tema, anda boleh mencari templat yang digunakan pada halaman mana dan kemudian mengedit templat untuk menyesuaikan maklumat yang anda paparkan kepada pelanggan anda.\
\
Apabila anda mengedit templat, perubahan anda digunakan pada setiap halaman yang menggunakan templat. Contohnya, jika anda menambah borang pendaftaran promosi pada templat Home, maka halaman utama anda akan memaparkan borang pendaftaran promosi.

### Layout

Templat reka letak(layout) tema ni berfungsi untuk tentukan struktur asas dan rangka keseluruhan laman web anda. Ia mengandungi elemen penting yang akan muncul di setiap halaman, macam pengepala (header), menu navigasi dan bahagian pengaki (footer).

Secara asasnya, templat ni dah siap dengan struktur HTML utama serta bahagian-bahagian yang dikongsi, termasuk pengepala laman, menu navigasi dan pengaki. Semua ni membantu pastikan reka bentuk dan identiti jenama kedai anda kekal konsisten di setiap halaman.

Templat reka letak juga pastikan semua templat lain—contohnya halaman produk, troli, dan halaman kandungan—ikut struktur dan gaya yang sama. Anda boleh ubah atau sesuaikan bahagian kongsi ni terus dari editor tema supaya sepadan dengan gaya dan identiti kedai anda sendiri.

### Home

Templat Home digunakan untuk paparkan kandungan di halaman utama laman web anda — ia juga halaman pertama yang dilihat oleh pengunjung bila masuk ke kedai anda.

Secara lalai, templat ni datang dengan bahagian slider utama dan produk pilihan (featured products) dalam editor tema. Bahagian slider biasanya digunakan untuk paparkan banner promosi atau mesej utama, manakala bahagian produk pilihan tunjukkan produk terpilih dari kedai anda.

Anda boleh ubah susun atur, tambah atau padam bahagian terus dari editor tema untuk hasilkan laman utama yang lebih menarik dan sesuai dengan gaya kedai anda.

### Product

Templat Product digunakan untuk paparkan maklumat penuh bagi setiap produk dalam kedai anda. Ia membantu pelanggan tahu lebih lanjut tentang produk sebelum membuat pembelian.

Secara lalai, templat ni akan tunjuk nama produk, gambar, harga, produk berkaitan, dan ulasan pelanggan. Semua elemen ni direka untuk beri pengalaman membeli yang lengkap dan meyakinkan.

Anda boleh sesuaikan templat ni dari editor tema untuk ubah susun atur, tambah maklumat tambahan, atau ubah cara produk berkaitan dan ulasan dipaparkan.

### Products

Templat Products tema anda memaparkan senarai semua produk yang terdapat dalam kedai anda. Ia berfungsi sebagai halaman katalog di mana pelanggan boleh melayari dan meneroka keseluruhan koleksi produk anda.

Secara lalai, templat Products mengandungi bahagian yang memaparkan nama produk, gambar, dan harga bagi setiap item. Reka letak ini memudahkan pelanggan mendapat gambaran ringkas tentang produk yang ditawarkan dan seterusnya pergi ke halaman produk individu untuk maklumat lanjut.

Anda boleh sesuaikan templat Products melalui editor tema untuk ubah susunan produk atau laraskan bilangan item yang dipaparkan bagi setiap baris, mengikut gaya paparan yang anda inginkan.

### Cart

emplat Cart memaparkan semua produk yang telah ditambah oleh pelanggan ke dalam troli sebelum mereka teruskan ke pembayaran. Ia bantu pelanggan semak semula pesanan mereka dengan mudah.

Secara lalai, templat ni tunjuk nama produk, gambar, harga, dan kuantiti untuk setiap item dalam troli. Ia juga sediakan ruangan nota pesanan, supaya pelanggan boleh tinggalkan arahan khas semasa membuat tempahan.

Anda boleh sesuaikan dari editor tema untuk ubah reka letak, aktifkan atau nyahaktifkan medan tertentu atau ubah gaya paparan troli supaya sepadan dengan reka bentuk kedai anda.

### Page

Templat Page digunakan untuk paparkan kandungan halaman biasa seperti About Us, Privacy Policy, atau mana-mana halaman maklumat tambahan yang anda cipta sendiri.

Secara lalai, templat ni hanya paparkan tajuk dan kandungan utama halaman. Ia sesuai untuk maklumat statik atau teks penerangan.

Anda boleh ubah dari editor tema untuk tambah imej atau ubah gaya teks supaya nampak lebih menarik dan selaras dengan tema kedai anda.

### 404

Templat 404 akan muncul bila pelanggan cuba akses halaman yang tak wujud dalam laman web anda. Ia bertujuan bantu pengunjung faham yang halaman tu tak ada dan ajak mereka kembali ke halaman lain.

Secara lalai, templat ni paparkan mesej ralat 404 bersama teks penerangan ringkas serta pautan untuk kembali ke laman utama atau bahagian lain dalam kedai.

Anda boleh ubah mesej, tambah imej atau masukkan pautan tambahan supaya pelanggan kekal berada di laman anda walaupun mereka tersalah halaman.

### CSS

Templat CSS ni tempat anda simpan semua kod gaya dan reka bentuk (styling) untuk keseluruhan tema. Ia tentukan rupa laman web termasuk warna, jenis font, jarak, dan susun atur.

Secara lalai, templat ni dah ada gaya asas untuk elemen seperti pengepala, pengaki, butang, dan teks. Ia pastikan semua halaman nampak seragam.

Anda boleh tambah atau ubah kod CSS ni untuk sesuaikan reka bentuk tema ikut citarasa dan identiti jenama anda — tanpa ganggu struktur utama laman.

### Javascript

Templat JavaScript tema anda mengandungi semua fungsi interaktif dan dinamik yang menjadikan pengalaman pengguna di laman web anda lebih menarik dan responsif. Ia mengawal cara elemen di laman bertindak balas terhadap tindakan pengguna.

Secara lalai, templat JavaScript mengurus komponen interaktif seperti slider, input kuantiti, dan perubahan harga produk. Ia membantu menghasilkan peralihan yang lancar serta interaksi yang responsif di seluruh tema anda.

Anda boleh sesuaikan templat JavaScript untuk tambah skrip sendiri, ubah fungsi sedia ada, atau integrasikan ciri pihak ketiga. Dengan menyusun skrip anda dengan baik dalam templat ini, tema akan berjalan dengan lebih cekap dan mudah diselenggara.

### Settings

Templat Settings menyimpan semua data konfigurasi dalam format JSON untuk membolehkan anda ubah suai tema tanpa perlu sentuh kod. Ia berfungsi sebagai pusat kawalan bagi semua tetapan tema anda.

Secara lalai, templat ni merangkumi tetapan seperti warna teks, warna latar belakang dan menu navigasi. Semua ni boleh disesuaikan terus dari editor tema untuk padankan dengan gaya kedai anda.

Anda juga boleh tambah tetapan baru dalam fail ni supaya pengguna lain boleh ubah reka bentuk dan susun atur tema dengan lebih fleksibel — tanpa perlu akses terus ke kod asal.


---

# Agent Instructions: Querying This Documentation

If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://docs.shoppego.com/ms/online-store/themes/themes-structure.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
