# TikTok Pixel

Penetapan ini membolehkan anda untuk pantau beberapa event apa yang pelawat anda lakukan didalam website anda. Antara event yang dapat di track ialah **ViewContent**, **Add to cart, Initiate checkout** dan **Complete payment**.

Satu cara yang paling terbaik untuk setup TikTok pixel adalah dengan menggunakan akaun TikTok Business.&#x20;

{% hint style="info" %}
Jadi anda perlu daftar dahulu pada page **TikTok Business** di sini : <https://ads.tiktok.com/i18n/signup>
{% endhint %}

## Bahagian 1 : Penetapan di TikTok Business

1\. Isi maklumat akaun anda dan klik butang **Sign Up.**

<figure><img src="/files/eg9IVL7Ba0soc8QEenbb" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

2\. Seterusnya anda akan melihat paparan seperti ini. Anda perlu isikan segala maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran.

<figure><img src="/files/goYipqEZc0ag1XI9WiPB" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

3\. Kemudian, anda boleh pilih **Manual Payment** untuk bahagian **Set up billing information.**

<figure><img src="/files/yaFLfuEeQbAe34VurbVm" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

4\. Untuk penetapan dalam tutorial ini, kami akan gunakan **Custom Mode** sebagai tetapan.

<figure><img src="/files/2ZzFOnkGM4B8RjAECjIY" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

5\. Anda akan melihat halaman yang dipaparkan seperti ini.&#x20;

<figure><img src="/files/2BJrLc269Ewc3ppk4aTP" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

6\. Pada halaman tersebut, anda boleh lihat pada bar hitam diatas dan ada pilihan **Assets**. Klik pada **Assets** dan pilih **Events**.

<figure><img src="/files/lDeR6PuZWMXytk0sDczv" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

7\. Anda boleh pilih **Web Events** untuk tetapan itu.

<figure><img src="/files/9N1RtK4lI4FYkeZtLFLF" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

8\. Seterusnya, anda boleh klik pada **Create Pixel**.

<figure><img src="/files/MQ1NbLKzjcWzTjqyXCXg" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

9\. Anda boleh pilih **Manual Setup** dan tekan **Next**.

<figure><img src="/files/vcCuH3xUMoGBYkgh6qlZ" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

10\. Selepas itu, anda boleh masukkan **Nama Pixel** dan tekan **Next**.

<figure><img src="/files/LsKfpsvxjsp2be0Rqk93" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

11. Pada bahagian ini boleh tekan **Skip Step**.&#x20;

<figure><img src="/files/tOqNmoQqQo6Bgi9XVg22" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

12\. Pada halaman tersebut, pilih hanya **Custom Code** sahaja.

<figure><img src="/files/2h0lj3ABIAP3ibpndwXg" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

13. Hidupkan toggle **Automatic Advanced Matching** dan tekan **Finish**.

<figure><img src="/files/8zGAvqnZHp0tB34kQgzi" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

### Pasang Tiktok Pixel Helper

1\. Sekiranya anda tidak mempunyai **plugin** atau **extension Tiktok Pixel Helper** pada browser anda, anda boleh klik **Install** untuk memasang pada browser anda.

<figure><img src="/files/uX18IrBeW8TGFC0zMtvB" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

2\. Seterusnya,anda dibawa kesatu halaman dimana anda boleh klik pada butang **Add to Chrome** untuk memasang plugin atau extension ini kedalam browser anda.

<figure><img src="/files/ZcmkKp6gqTFVyF3DHpEW" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

### Salin TikTok Pixel ID&#x20;

1\. Salin **ID Tiktok Pixel** anda dan simpan, kerana **ID** tersebut akan digunakan untuk dimasukkan kedalam sistem Shoppego anda.

<figure><img src="/files/tysbxiJWBAMd1AcqXDHQ" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

### Trigger Event Tiktok Pixel

1\. Anda boleh memulakan untuk proses test trigger events menggunakan **Tiktok Pixel** anda. Anda boleh pergi ke **Go to Test Events**.

<figure><img src="/files/c8nH5JpA67aHSyxRptGP" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

2\. Pada halaman tersebut, anda dikehendaki untuk memasukkan **nama website anda** atau **domain anda** di ruangan itu.

<figure><img src="/files/uJmtMnhpSPWMGPsUkLah" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

3\. Selepas itu, QR kod telah dijana , anda boleh buka **aplikasi Tiktok** di telefon anda dan **imbas QR kod** tersebut ya. Selepas anda imbas, anda boleh cuba membuat **order** atau **initiate checkout** dalam aplikasi Tiktok anda.

<figure><img src="/files/yIHIAn2EHNNGCA4XcGcD" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

4\. Anda boleh lihat **events yang telah di-trigger** di aplikasi Tiktok didalam Tiktok Ads Manager anda.

<figure><img src="/files/W8xw0wGX9e38NJZO634w" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

Jika anda dapat trigger kesemua event yang anda inginkan di Shoppego ini iaitu **View Content**, **Add to Cart, Initiate Checkout & Complete Payment** ianya bermakna pixel anda sudah berfungsi dengan baik dan tiada sebarang isu.

## Bahagian 2 : Penetapan di Shoppego

1\. Seterusnya log masuk ke akaun Shoppego anda. Masuk ke pada bahagian **Settings -> General** -> dan masukkan pixel id anda pada ruangan TikTok Pixel dan **Save**.

![](/files/rB1ChgrHO8RBt1rVXs8D)

## Info Tambahan

Untuk makluman, selain dari penggunaan test event menggunakan QR Code untuk test trigger event TikTok pixel, anda juga boleh gunakan plugin **TikTok pixel helper** yang anda sudah pasang pada browser anda tersebut.

Berikut adalah cara untuk anda lakukan semakan trigger event TikTok pixel menggunakan plugin **TikTok pixel helper**.

Anda boleh lakukan beberapa langkah untuk trigger event yang boleh ditangkap pada **TikTok Pixel** di Shoppego. Sebagai contoh pada paparan dibawah kami telah melakukan **Add to cart** untuk trigger event **Add to cart.**

<figure><img src="/files/0bnrNXftb9sHd6ZiJlFl" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

Seterusya anda juga boleh cuba untuk trigger event lain pada website anda dengan lakukan percubaan pembelian. Jika tiada sebarang masalah **Tiktok Pixel Helper** anda akan dapat lihat trigger event ,**View content**, **Add to cart**, **Initiate checkout** dan **Complete payment**.

## Ralat Konfigurasi

**Situasi :** Anda mempunyai isu dimana semasa anda ingin mencipta iklan pertama anda, pixel tiktok yang anda baru sahaja cipta tidak dapat ditemui?

**Jawapan** : Untuk isu tersebut, anda perlu **memberikan sedikit waktu untuk data events tiktok yang anda sudah trigger pada bahagian test events dapat dikesan pada tiktok pixel anda**. **Pastikan anda sudah lakukan test events terlebih dahulu pada tiktok pixel tersebut sebelum anda cipta iklan pertama anda.**


---

# Agent Instructions: Querying This Documentation

If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://docs.shoppego.com/ms/integration/marketing/tiktok/tiktok-pixel.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
