# Google Search Console

{% hint style="info" %}
Untuk membenarkan website kita **mendapat ranking** di dalam **enjin carian Google**, website kita perlu di submit kepada Google supaya mereka tahu tentang kewujudan website kita.&#x20;
{% endhint %}

Terdapat pelbagai cara untuk lakukan perkara ini antaranya ialah:-&#x20;

1. Menggunakan **HTML tag**
2. Menggunakan **Google Tag Manager**
3. Menggunakan **Google Analytic**
4. Menggunakan **DNS**&#x20;

{% hint style="success" %}
Cara yang paling **mudah dan pantas** adalah dengan menggunakan **HTML tag** kerana hanya perlu masukkan code yang diberikan sahaja.&#x20;
{% endhint %}

Pastikan anda **log masuk ke Gmail akaun anda** terlebih dahulu untuk menggunakan **Search Console**. Cara terbaik adalah menggunakan **browser Google Chrome** kerana semua telah automatik log masuk.&#x20;

## **Cara 1: Menggunakan HTML tag**

1. Pergi ke link berikut : <https://search.google.com/search-console/welcome>&#x20;

![](/files/-MBcJKSY2MdsDolqfsNG)

2. Paparan akan keluar seperti di atas.&#x20;
3. Jika anda menggunakan domain sendiri masukkan **nama domain anda di tab Domain**&#x20;
4. Jika anda menggunakan subdomain dari Shoppego contohnya **kedaisaya.myshoppegram.com** boleh masukkan pada **sebelah kanan tab** iaitu di **bahagian URL prefix.**  Dalam contoh ini akan menggunakan URL prefix.&#x20;
5. Pastikan terdapat **https\://** dan diikuti dengan **domain atau subdomain** anda.&#x20;

![](/files/-MX1KQUWmYGEB2m09zEi)

6. Klik butang **CONTINUE.**

![](/files/-MBcLFlrPycga97qOLJo)

7. Klik pada **HTML tag**&#x20;

![](/files/-MBcLTKARfjn9Kn9CrhZ)

8. Klik butang **COPY.**  Jangan tutup Google Search Console ini. Buka tab baru untuk log masuk ke dashboard Shoppego anda.&#x20;

## **Penetapan code tersebut di Shoppego**

1. Log masuk ke dashboard Shoppego anda pergi pada **Online Store** dan klik pada **Customize.**

![](/files/-MKJVYhXmIPoe0sHqhRL)

2. Pada bahagian halaman tersebut , anda boleh pergi ke bahagian **Other settings** dan masukkan code yang anda baru dapatkan diruangan **Custom meta.** Seterusnya klik butang **Save.**

![](/files/Xoo1QViH4v9oK9G08GoN)

3. Setelah selesai anda perlu pergi semula pada halaman **Google Search Console** sebentar tadi.

![](/files/-MBcMU4Ta_HOl9YsPZrz)

4. Klik butang **Verify**&#x20;

![](/files/-MBcMbp0dU4ycy_mdfsy)

5. Pastikan keluar paparan seperti gambar diatas menyatakan **Ownership verified**. Klik butang **Done**

Kini website anda telah berjaya di submit ke google Search console untuk mendapatkan ranking di enjin carian Google.

## Semak Status Submission

1. Klik pada perkataan **Search property.** Akan keluar paparan seperti dibawah :

![](/files/-MBcMr59ZtNuAGNAu1nv)

2. Klik pada nama domain yang telah anda submit tadi.&#x20;
3. Pada ruangan search bar di bahagian atas masukkan nama **URL** anda dengan **https\://**
4. Tekan butang **ENTER** pada keyboard anda

![](/files/-MBcN0GIf29C8EEQVE3T)

## Penetapan Sitemap

Sitemap ini dapat memudahkan Google untuk crawl website anda bagi sebarang update terkini yang telah dibuat oleh anda pada pages/website anda.

Untuk penetapan anda boleh rujuk tutorial dibawah :

1. Pada dashboard Google Search Console, anda boleh klik pada butang **Sitemaps**

![](/files/-Md_9NCbp_AXm8GKDLoB)

2. Seterusnya, anda bole masukkan link sitemap anda pada ruangan yang disediakan seperti dibawah.&#x20;
3. Anda hanya perlu masukkan text **sitemap.xml** pada ruangan yang telah disediakan. Setelah selesai anda boleh klik **Submit**

![](/files/-Md_BI_f9a9JdTv7EpMR)

4. Setelah selesai anda boleh refresh page tersebut dan pastikan status submission anda Success.

![](/files/-Md_CQycJyB39YCApOgQ)


---

# Agent Instructions: Querying This Documentation

If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://docs.shoppego.com/ms/integration/marketing/google/submit-to-google-search-console.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
