# Google Analytics

{% hint style="info" %}
**Google Analytics (GA)** adalah satu alat yang membolehkan anda **pantau segala aktiviti** di dalam website anda bagi tujuan **pengumpulan data supaya penambahbaikan flow website** anda dapat dilakukan.
{% endhint %}

Untuk penetapan **Google Analytics** ini di Shoppego, anda hanya perlu dapatkan **Google Analytics ID** untuk dimasukkan didalam Shoppego.\
\
Anda boleh rujuk penetapan dibawah untuk mendapatkan **Google Analytics** dan masukkan didalam sistem Shoppego.

## Bahagian 1 : Log masuk/Daftar akaun Google Analytics anda

1\. Anda boleh log masuk kedalam akaun **Google Analytics** anda terlebih dahulu. Anda boleh klik pada link ini ya : <https://analytics.google.com/analytics/web/>

![](/files/-MeTsERSQh7gLsjvlJiV)

2\. Seterusnya anda boleh klik pada butang **Admin** didalam dashboard anda.

![](/files/-MeTsY_DyynJ_gtBPtgI)

3\. Sekiranya anda masih belum mempunyai Google Analytics Tracking ID anda boleh klik pada **Create Property**. Sekiranya anda sudah ada Google Analytics Tracking ID, anda boleh skip terus pada **Langkah 8 Bahagian 1** ini.

![](/files/-MeTuMTlpXN1JvztRS6m)

4. Seterusnya, anda boleh masukkan maklumat yang diinginkan oleh mereka seperti pada paparan dibawah. Setelah anda selesai masukkan maklumat tersebut, klik **Next**.
   * **Property name :** Nama tracking ini untuk memudahkan anda **pantau data**
   * **Reporting time zone :** Pastikan anda pilih **Malaysia**
   * **Currency :** Pastikan anda pilih **Malaysian Ringgit(MYR)**

<figure><img src="/files/QwrkUnKp0iZlJIS2Wubx" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

5\. Seterusnya, anda perlu masukkan **sedikit maklumat** tentang bisnes anda untuk tujuan survey dan pengumpulan data serta penambah baikan sistem mereka. Setelah anda selesai masukkan kesemua maklumat anda boleh klik **Create.**

<figure><img src="/files/AYkh58MNgxbw8PBRRzzE" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

6\. Kemudian anda boleh **masukkan nama website anda** atau **domain anda** dalam **Website URL** dan juga **cipta nama** bagi **Stream name** anda ke dalam ruangan yang disediakan. Selepas itu anda boleh klik butang **Create stream**.

<figure><img src="/files/SDPVdGk6IULz2veGHYOO" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

7\. Anda boleh salin **Measurement ID** untuk diletakkan ke dalam sistem Shoppego anda nanti.

<figure><img src="/files/G8zStpfWQNxHS7KY9LSQ" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

## **Bahagian 2 : Penetapan di Shoppego**

1\. Log masuk kedalam dashboard Shoppego anda. Klik pada **Settings > General.** Skrol dibawah untuk mencari ruangan untuk anda masukkan **Google Analytics ID** anda.

![](/files/JwEq2LzsWYcjOgTPqD2H)

5\. Diruangan Google Analytics ID tersebut, anda boleh masukkan **Tracking ID** yang anda baru dapatkan pada tutorial Bahagian 1 langkah nombor 8 sebelum ini.

![](/files/56Z83dSDHKdoOT7BTrPJ)

6\. Setelah selesai anda boleh klik **Save**. Kini penetapan Goole Analytics anda sudah berjaya.

![](/files/APjbrnJWxpfqDdEYI2Ky)

## Penetapan E-commerce

{% hint style="info" %}
Tetapan di bawah adalah tetapan bagi **sistem Google Analytics** yang lama(Penggunaan Google Analytics - Universal Analytics), jika anda **tiada tetapan** ini, **boleh abaikan** bahagian ini.
{% endhint %}

Fungsi ini membolehkan anda untuk mempertingkatkan laporan data berkaitan E-commerce untuk website anda.

Untuk penetapan anda boleh rujuk langkah penetapan dibawah :

1\. Pergi pada dashboard **Google Analytics** anda

![](/files/-Mfa1M3O7SwAvzsMCLFJ)

2\. Klik pada **Admin**

![](/files/-MeTsY_DyynJ_gtBPtgI)

3\. Klik pada **E-commerce Settings**

![](/files/-Mfa2xtTKmW6Uf0Y-ouI)

4\. Aktifkan toggle **Enable E-commerce**

![](/files/-Mfa36i7RbXnIPdgbaCK)

5\. Kemudian aktifkan toggle **Enable** **Enhanced E-commerce Reporting**

![](/files/-Mfa3M0aYg2qHiSYtAqi)

5\. Setelah selesai, anda boleh klik **Save**

![](/files/-Mfa3XKJHyIhWTGqwDAB)


---

# Agent Instructions: Querying This Documentation

If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://docs.shoppego.com/ms/integration/marketing/google/google-analytics.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
