# Facebook Pixel

Shoppego telah memudahkan urusan untuk pengguna setup **Facebook pixel** dengan hanya perlu masukkan **Facebook Pixel** ke dalam penetapan **Preferences Shoppego** sahaja. Sangat mudah!\
\
Tidak perlu melibatkan penetapan yang berkaitan dan melibatkan coding.

{% hint style="success" %}
Penggunaan **Facebook Pixel lebih dari satu** tersedia untuk plan **Premium dan keatas**. Fungsi ini juga **hanya tersedia dalam penetapan "Forms"**.
{% endhint %}

{% embed url="<https://youtu.be/fXfa8r67D6k>" %}

## Apa itu Facebook Pixel?

{% hint style="info" %}
Facebook Pixel adalah sebuah ***Tracking Mechanism*** atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai **Mekanisma Penjejak** untuk menjejaki pelawat yang masuk ke website anda.
{% endhint %}

Satu cara yang paling terbaik untuk setup **Facebook Pixel** adalah dengan menggunakan **Meta Business Suite**. Jadi anda perlu daftar Facebook Business Manager untuk penetapan **Facebook Pixel** ini.

## Pendaftaran Akaun Business Suite

1. **Klik** [<mark style="color:blue;">**link**</mark> ](https://business.facebook.com/)ini untuk ke **Facebook Business Manager** <https://business.facebook.com/>

&#x20; &#x32;**.   Klik** pada **Cipta Akaun (Create Account)** untuk **mendaftar**.

<figure><img src="/files/liWiXbLjOhJsx2CKNm36" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

3\. Isikan **nama mengenai perniagaan anda** dan pada ruangan tersebut, anda perlu isi juga bagi ruangan **Your Name** dan juga **Business Email Address**, setelah **selesai**, anda boleh tekan **Submit.**

<figure><img src="/files/nZDxV297K6saHD22GYf4" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

4\. Satu **emel pengesahan** akan dihantar ke alamat **emel yang didaftarkan.** Anda perlu **buka** dan **sahkan emel** tersebut.

<figure><img src="/files/QIqXO9TQlkIWKc8Xg8pV" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

5\. Setelah itu, paparan yang anda akan terima adalah seperti dibawah.

<figure><img src="/files/NDP7joa2z92D3GI8zaxc" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

6\. Setelah itu, anda perlu tekan ikon **≣** yang telah **di-highlight** dan pergi ke **Business Settings**.&#x20;

<figure><img src="/files/i8h7zjXdLd9t1pQfl71L" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

## Penetapan Ad Account

1. Anda boleh pergi ke **Accounts** dan kemudian pilih **Ad Accounts.** Setelah itu, anda boleh tekan butang **Add**. Tujuan anda mencipta Akaun Ads adalah untuk hubungkan dengan akaun Meta Business Suites anda dan bagi memudahkan anda untuk menjalankan iklan.

<figure><img src="/files/axAnOXVPshjvlbYfcYXm" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

2\. Akan terpapar 3 pilihan seperti di dalam gambar di bawah.

Pilihan : ***Add an Ad Account -*** Sekiranya akaun Facebook peribadi anda sudah mempunyai Akaun Ads. Anda boleh gunakan pilihan ini untuk pindahkan dari akaun personal masuk ke Business Account ni.

Pilihan : ***Request to an Ad Account** -* Gunakan pilihan ini sekiranya anda menguruskan iklan bagi pihak orang lain.

Pilihan : ***Create a New Ad Account*** - Pilihan ini adalah bagi mereka yang baru nak buat iklan atau tak mahu ada kaitan dengan akaun ads yang sebelum ini.

Untuk langkah penetapan ini, pilihan **Create a New Ad Account** akan dibuat bagi memudahkan semua peringkat dapat belajar dan ikuti langkah seterusnya bagi penetapan ini.

3\. Klik **Create a New Ad Account**

<figure><img src="/files/mwEzZMpFueKBvUF3a6ha" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

4\. Masukkan **Maklumat** dan **pilih currency MYR** - Malaysian Ringgit untuk pastikan akaun iklan anda sentiasa menggunakan nilai mata wang Ringgit Malaysia dan terus klik butang **Next**.

<figure><img src="/files/p9HKQtyKJSj1c0zzPZUk" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

5\. Tandakan pada **My Business** dan klik **Create**.

<figure><img src="/files/z6BQOM7LaNGvvUyuNlYr" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

6\. Seterusnya anda akan dibawa kepada bahagian **Assign**. Bahagian ini adalah untuk **mengagihkan kuasa** bagi Ad Akaun yang telah dibina sebentar tadi.&#x20;

{% hint style="info" %}
\*\*Pastikan anda tandakan pada **Nama di sebelah panel kiri** dan juga tandakan pada **Manage Ad Account untuk berikan kuasa mutlak/penuh pada diri anda sendiri.**
{% endhint %}

Dan klik butang **Assign**.

<figure><img src="/files/poAE7SMzKyvuv7wl3khn" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

7\.  Pada halaman ini, anda akan diberi **pilihan** iaitu **Add Payment Info** atau <mark style="color:red;">**Close**</mark>, untuk **tutorial** ini, kita akan memilih untuk <mark style="color:red;">**Close**</mark>, tetapi bagi yang mahu **menjalankan Ads**, anda perlu membuat **Add Payment** Info.

<figure><img src="/files/o0GgmNxhkbcvo9eeMtNd" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

8\. Untuk prompt yang ini, anda perlu memilih **Exit**.

<figure><img src="/files/8IXzVvSfuf1eWSKnqdK8" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

## Penetapan Facebook Pixel

1. Anda boleh pergi ke halaman "Business settings" terlebih dahulu dengan klik pada butang **ikon gear**

<figure><img src="/files/GIpRyG2DvhlD5P38ljoa" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

2. Di panel kiri, anda perlu klik pada **Data sources** dan klik pada **Datasets**

<figure><img src="/files/1VIASAcZ5HdmWTzZyHyI" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

3. Seterusnya klik butang **Add** untuk mula mencipta Datasets/Pixel and&#x61;**.** Tujuan Facebook Pixel adalah untuk anda melihat aktiviti pengguna didalam laman web anda.

<figure><img src="/files/9LPW2fDrZ5R52U8TZDYm" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

4. Kemudian, pada popup "**Create a new dataset**", anda boleh masukkan nama datasets/pixel anda pada ruangan "**Name**" dan setelah selesai, klik butang **Create**.

<figure><img src="/files/lPPpaS6OtQeCAAlOvzk5" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

5. Setelah selesai, anda boleh **refresh semula** halaman Datasets itu dan anda akan dapat lihat penetapan Dataset yang anda baru cipta sebentar tadi. Anda juga sudah boleh dapatkan "**Pixel ID**" untuk anda gunakan di Shoppego.

<figure><img src="/files/qV0Vta9VyaAgqEjq7Gqs" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

6. Kemudian, anda perlu **Assign people** dan **Assign assets(Ad account)** pada pixel tersebut. Anda boleh klik pada butang **Assign people**

<figure><img src="/files/JDrhlFllFmygsVU3qS78" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

7. "**Pilih akaun anda**", "**tick pada toggle Full control**" dan klik **Assign**

<figure><img src="/files/8HCcVG46N748brHvSkRk" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

8. Kemudian, klik pula pada butang "**Connect assets**"

<figure><img src="/files/PPpt2zCYqOOD2FRCMBUU" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

9. Pada pop up yang akan dipaparkan nanti, anda boleh klik "**Other business assets**" dan **pilih "Ad account" anda** dan klik **Add**. Setelah selesai, anda kini sudah boleh masukkan FB Pixel ID tersebut kedalam store Shoppego anda.

<figure><img src="/files/IFzzvtNqQPi94DqVo8Kh" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

Jika anda ingin pergi ke halaman Events Manager, anda boleh klik pada butang **ikon 3 titik** dan pilih **Open in Events Manager**

<figure><img src="/files/U5InZ8qLKX6IHRe9jxX3" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

## Penetapan pada sistem Shoppego

1. Log masuk ke **Dashboard Overview Shoppego** anda dan klik pada **Settings > General.** Selepas itu, anda boleh masukkan **Facebook Pixel ID** anda kedalam ruangan yang disediakan.

<figure><img src="/files/ayn3gKftESeIDsWmHZoq" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

Tahniah! Pixel anda telah pun **berjaya** di tetapkan dalam **Shoppego**.

## Penetapan Facebook Pixel (Test Event)

{% hint style="info" %} <mark style="color:red;">**Perhatian**</mark>**:** Penetapan **test events** ini **penting** dan **perlu dilakukan** sebelum anda gunakan **Pixel** ini untuk **penetapan ads** anda. Hal ini bagi memastikan setiap events anda **dapat ditrigger seperti biasa** dan **tiada sebarang masalah.**
{% endhint %}

{% embed url="<https://youtu.be/pxGruUKJ0NY>" %}

1. Untuk lakukan penetapan bagi **Test Event** bagi **Pixel** yang anda baru cipta, anda boleh tekan pada **Test events** dan kemudian masukkan **nama website anda** atau **domain anda** ke dalam ruangan yang disediakan. Dan kemudian anda boleh tekan **Open Website**.

<figure><img src="/files/k2TKd6dqujaX7JP2Ioyy" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

2\. Selepas itu, anda akan dibawa ke laman web anda dan anda boleh cuba untuk lakukan **test event** seperti **Page View,** **Add to Cart**, dan **sebagainya**.&#x20;

<figure><img src="/files/sWkZrE9DTATldhcJ507o" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

3\. Anda perlu **semak semula** data event yang telah **di-triggered**, jika data yang keluar adalah **sama**, ini bermakna penetapan **Facebook Pixel** anda telah **betul** dan **tiada masalah**.

<figure><img src="/files/C9zJDqG03cCerfCa5DuU" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

## Isu Facebook Pixel

Jika **Facebook Pixel** anda bermasalah, boleh rujuk tutorial di bawah ini :&#x20;

{% content-ref url="/pages/-MBg4qOZXpefR5k3HKIN" %}
[Configuration Error](/ms/integration/marketing/facebook/facebook-pixel/configuration.md)
{% endcontent-ref %}


---

# Agent Instructions: Querying This Documentation

If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://docs.shoppego.com/ms/integration/marketing/facebook/facebook-pixel.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
