# Pages

{% hint style="info" %}
Sebelum anda ikuti langkah penetapan ini pastikan anda:

* Sudah mempunyai produk yang anda ingin buat untuk **express checkout**
* Sudah mempunyai pages yang tersendiri untuk anda masukkan **fungsi express checkout**
  {% endhint %}

## Dapatkan Produk ID

1\. Log masuk ke akaun Shoppego anda

![](/files/lCN7aw3FznaFFoOAyya2)

2\. Klik pada **Products**

![](/files/3QYpKlTI5mdyrdLeiYts)

3\. Klik pada Produk yang anda ingin masukkan fungsi Express Checkout tersebut.

![](/files/i3S3XPC8L5SjJS1W4hLs)

4\. Klik pada **Express checkout**

![](/files/bqs406u5zwylQ0lJnPQ6)

5\. Pilih variant yang anda ingin pelanggan anda terus beli dan simpan link tersebut

![](/files/iA6m613XvwBy9vep3yLN)

6\. Pastikan anda simpan terlebih dahulu URL link tersebut kerana ia akan digunakan untuk penetapan pada pages anda.&#x20;

## **Penetapan pada Pages**

1\. Log masuk akaun Shoppego anda&#x20;

![](/files/lCN7aw3FznaFFoOAyya2)

2\. Klik pada **Online Store** -> **Pages**

![](/files/YW5MKHAFthkHAX6ApmOw)

3\. Klik pada butang **Edit** pada pages yang anda ingin masukkan fungsi Express Checkout tersebut.

![](/files/E1metuuRouovYFNz12pX)

4\. Klik pada **icon < >** untuk masukkan custom code butang anda

![](/files/cocGHw3XwzixRJbXOg1v)

5\. Seterusnya, anda hanya perlu masukkan **code** ini pada ruangan tersebut.

**Code** : \<a class="btn btn-success btn-lg text-white" href="**link produk variant anda**" target="\_blank">Buy Now\</a>\
\
\&#xNAN;**\*\* Pada bahagian href tersebut, anda boleh masukkan link produk variant anda yang anda baru dapatkan pada langkah 1**

![](/files/mGZb0URqfJBhu5XNJwYL)

6\. Setelah selesai anda boleh klik **Save** dan lihat hasilnya dengan tekan pada butang **Preview**.

![](/files/Dm5z1QnMT7RPIGXrcZE6)

### Info Tambahan

Jika anda mahu ubah styling butang anda, anda boleh rujuk link ini untuk maklumat lanjut : <https://getbootstrap.com/docs/4.0/components/buttons/>\
\
Jika anda ingin membuat pelanggan anda terus checkout dengan 3 produk terus, anda boleh asingkan setiap produk variant ID dengan simbol koma.\
\
**Sebagai contoh** : /cart/**57085:1,12345:2,57779:3**

{% hint style="info" %}
\*\* **Nombor selepas titik bertindih** tersebut merujuk kepada **quantity barang** yang dibeli. \
\
\*\* **Maksimum hanya 3 variant ID (yang valid)** sahaja yang boleh dibaca oleh sistem kami.
{% endhint %}


---

# Agent Instructions: Querying This Documentation

If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://docs.shoppego.com/ms/express-checkout/pages.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
