# Reviews

Untuk makluman setiap order yang telah ditetapkan status kepada Completed, pelanggan tersebut akan terima email untuk mereka memberi review terhadap pembelian mereka itu.

{% hint style="info" %}
**Pastikan anda telah aktifkan notifikasi review itu supaya sistem dapat menghantar email itu kepada pelanggan anda.** [**Anda boleh semak penetapan itu pada penetapan Notifications store/website anda**](/ms/settings/notifications.md)**.**
{% endhint %}

Setelah review itu dihantar oleh mereka, anda akan dapat lihat review itu didalam halaman ini.

Untuk paparkan review tersebut pada halaman produk itu yang tersendiri, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah:

1. Log masuk akaun Shoppego

![](/files/lCN7aw3FznaFFoOAyya2)

2\. Klik pada **Customers.**

![](/files/3jP4ULEbCnwUkjETyy1R)

3. Klik pada **Reviews**

<figure><img src="/files/SogdgJyzulQ7UuS1gMYp" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

4. Klik pada review yang anda ingin paparkan/nyah paparkan

<figure><img src="/files/VmWK32MMg5lAzPGiNnXw" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

5. Kemudian, anda akan dibawa seperti halaman dibawah\
   \
   Jika anda **ingin paparkan review** ini dihalaman produk itu, anda perlu **klik Approve**. Manakala, jika anda **ingin nyah paparkan review** itu dari halaman produk itu, anda perlu **klik Disapprove**.\
   \
   Secara default, sistem akan tetapkan setiap review yang dihantar oleh pelanggan sebagai Disapprove.\
   \
   Untuk **buang review** itu dari website/store, anda boleh **klik Delete**.

<figure><img src="/files/xfwrEDGrEhFtdj9STchE" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

Setelah anda selesai lakukan penetapan yang anda inginkan itu dan anda telah Approve review yang dihantar oleh pelanggan itu. Anda perlu lakukan penetapan di Customize themes pula untuk paparkan review itu.

<figure><img src="/files/2u9KnqF54J2HhCLZ2ONB" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

## Penetapan di Customize themes

1. Dari dashboard Shoppego

<figure><img src="/files/lCN7aw3FznaFFoOAyya2" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

2. Klik pada **Online store**

<figure><img src="/files/keUJfqCVf9Am4GjjKCHx" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

3. Klik pada **Customize**

<figure><img src="/files/CX8Je5Sq4kObfS4VfNKn" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

4. Anda boleh klik pada tab **Product/Product settings** dan tick **Yes** pada penetapan **Product reviews**

<figure><img src="/files/QqbduN9VOXwT92ihjDjC" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

5. Setelah selesai klik **Save**

<figure><img src="/files/4EymN11jt82iXZTgmTAL" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

Kini anda sudah dapat lihat paparan review itu didalam halaman produk itu yang tersendiri.

<figure><img src="/files/aZAVy2wG277EIRkvBMXf" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

## Info Tambahan

* Untuk makluman, paparan warna bintang review tersebut akan bergantung pada penetapan warna yang anda tetapkan pada Button Buy now atau Primary color website/store anda itu.
* Sistem juga hanya akan paparkan 5 review anda yang terkini sahaja di dalam halaman produk itu.


---

# Agent Instructions: Querying This Documentation

If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://docs.shoppego.com/ms/customers/reviews.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
